Saturday 7 February 2015

XANZWHITE COSMECEUTICALS™ - Set Pencerahan 4 dalam 1

Satu inovasi dalam industri kecantikan negara gabungan dari kosmetik dan farmaseutikal. Penemuan ini pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia setelah lama melalui kajian makmal dan penyelidikan oleh para saintis dari SIRIM Berhad. Projek kebangsaan di bawah Program Produk Semulajadi ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Bersandarkan kekuatan hasil penemuan saintifik, produk yang mengandungi Bioaktif Xanzwhite TL041 telah dipatenkan di Malaysia dan Indonesia.
Siri penjagaan kecantikan ini terhasil daripada kajian saintifik menggunakan kaedah bioteknologi yang terkini oleh sekumpulan saintis, jurutera dan pakar penyelidik SIRIM Berhad yang penuh dedikasi untuk menghasilkan produk yang bermutu dan selamat di pasaran. Setelah beberapa tahun produk dikaji secara klinikal dan penuh teliti terhasilah Xanzwhite Cosmeceuticals™ ini yang bagaikan permata berharga oleh para saintis dan juga SIRIM Berhad.
Keunikan produk ini yang membezakannya daripada produk sedia ada di pasaran adalah melalui penemuan kaedah KOSMESEUTIKAL iaitu gabungan kosmetik dan farmaseutikal dalam mencerahkan kulit ianya juga bertindak hebat dengan cara yang selamat iaitu merencat aktiviti enzim tyrosinase yang menghasilkan melanin. Melanin merupakan bahan aktif pada kulit yang terhasil akibat pendedahan kepada cahaya yang berlebihan dan ini menentukan kecerahan kulit seseorang. Ujian Praklinikal dan ujian makmal untuk  keberkesanan produk telah dilakukan secara in vivo dan in vitro terhadap sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang berbeza dari sudut usia, jenis kulit, jantina dan juga pekerjaan. Melalui ujian praklinikal dan ujian makmal yang dilakukan terhadap kulit mereka didapati memberikan keputusan positif yang cemerlang dengan penggunaan Xanzwhite Cosmeceuticals™, di mana lebih 95% daripada mereka memberikan keputusan yang sangat dikehendaki. Selebihnya memberikan keputusan yang dianggap baik tetapi tidak mencapai kehendak kajian disebabkan kesalahan cara penggunaan dan kesan ubat-ubatan yang diambil atas faktor masalah kesihatan yang serius.
  • Berkesan untuk mencerahkan kulit
  • Memperbaiki struktur dan warna kulit yang kusam dan tidak sekata
  • Mengatasi masalah hiper-pigmentasi seperti melasma, jeragat dan tompok gelap
  • Mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit
  • Perlindungi sinaran UV dan radikal bebas
  • Menjadikan kulit halus, sihat dan subur
  • Anti keradangan
agen sah xanzwhite penang

set jeragat xanzwhite

No comments:

Post a Comment